Miss Strong
Bonjour Bloggers!

 Silent Reader[s]
No matter how hard things may seem, don't feel down, and don't give up. The clouds will clear, and there are brighter days ahead. InsyaAllah


Entries About Linkies



Tagboard


Credits Section ♥


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   
Fully edited by: Farrah Muhammad 


MSSD Netball di MGS, Klang :D


Assalamualaikum awak yang tengah baca tu ;)

Dah 3 hari kiteorang menetap di Methodist Girl's School, Klang tu wehh. Penat tak penat, nak buat mcm mana kan, redha je lahh. Haha. Masa hari Selasa tu under 15 yg lawan dulu. Hebat gila2 ahh diorang, yelah.... Muda lagi kan, tak macam kakak2 under 18 nie, punggung semua dah berat sampai nak lari pun dah tak larat. Haha *maaf mencarut sikit*. Kiteorang tengok diorang main rasa macam cuak pulak nak lawan esok nya tu utk team under 18. Alhamdulillah, SMK Kota Kemuning juara kumpulan utk kumpulan C. Fuyyoooohhh!! :D Kami yg menyumbang kan suara utk menjerit nie pun tak sia2 tau. Haha

Rabu, 7.30 a.m.
Nahh! Sekarang sudah tiba masa yg dinanti-nanti. Hati mula rasa berdebar semacam, duduk tak lena makan tak basah kalau tidur tu rasa mcm dah tak boleh nak bangun lagi dah. Mati lah tu jawabnya kan, cuak yg melampaui batas sangat! But unfortunately kiteorang tak lah sehebat under 15 tu. Tapi kiteorang still semangat nak lawan tauu. 

Warming-up sebelum game bermula....

Muka iteww dah hitam sangat mcm anak bangla, tapi iteww bernekad nak putihkan balik muka iteww :'/

First game je dah gaduh hebat punya, dengan SMK Convent Klang. Aku memang tension betul org yg suka main stress2 nie lepas tu nak lepas kat telinga aku, mmg aku mengamuk ahh. Habis tak concentrate aku nak main. Terus rasa mcm nak bantai jea budak tu *cehh otai sekejap*. Tapi serious, ada sorang budak nie pegang "Wing Attack" asyik nak attack aku je. Mentang2 lah tinggi kann. Then bila aku dapat bola, dye nak tengking2 nak tolak2 pulak, perghhh!! Kau main kasar, aku pun main kasar lah kan. Memang SERONOK gilaaa game dengan kau wehh! Dye siap nak bet settle luar lagi, Ya Allah budak nie wa cakap sama korang mmg kurang hajar gila. Mula2 aku diam je, boleh sabar lagi, dye mencarut pun aku watlek watpeace je. Kang kalau aku dah lawan balik kang kau yg sakit. Itupun aku dah gigit tangan dye sampai lebam. Puas hati aku dapat hentam dye. Berlagak nak mampus kott budak tu, main kasar je sampai terkoyak-koyak seluar aku dibuatnya. Then bila refree tegur, dye nak buat muka poyo dye tu. Ingat dah lawa sangat ahh? Puhleaseeee lah doohhhh *mata di atas, tangan di bahu* -.-

Nie lah budak2 Convent Klang tuh ;)

Game yg seterusnya okay je, dengan budak Convent tu jea yg spoil sikit. Kawan2 dye yg lain okay, dye sorang tu je yg otak senteng. Entah kenapa tah.. Haihh. 2 game kiteorang kalah, dengan SMK Raja Zarina and SMK Kg. Jawa. Our shooter and Goal Attack nervous kot. Plan B, aku pulak yg jadi shooter. Yeahh man! Menang kott.... Hihihi. Tak sangka.. Aku kecik je kot. Tapi tak dapat masuk semi-final lah sbb dah kalah dengan 2 team tu. Tapi takpe.. It's okay, it's alright ;)

Okayy forget it. Then hari nie pgy lagi sbb nak teman kan under 15 plus nak bagi semangat sekali. Kesian semua muka cuak2 je. Hari nie, lawan dengan SMK Jalan Kebun pulak. Our neighbour tuu ;)) Team diorang quite tough kott, takut aku tengok diorang lawan. Ehh tapi lagi tough kiteorang lahh. Heeee. Tak sangka boleh kalah kan diorang sbb masa buat friendly match tu diorang yg menang. And yeah! Congrats SMK Kota Kemuning sebab dapat Naib Johan. Cikgu dah happy gila, terus dye call Penolong Kanan Ko-kurikulum :D

Sesi salam-menyalam dengan pihak lawan :)

Adik-adik under 15 ku yang hebat2 belaka :D


p/s : Tamatlah sudah bebelan ku kali ini. Maaf jika terlalu panjang dan agak membosankan. Cewaahhh! Haha. Eh ehh, iteww dah edit blog ahh, tak perasan ke? Okayy byeee :D