Miss Strong
Bonjour Bloggers!

 Silent Reader[s]
No matter how hard things may seem, don't feel down, and don't give up. The clouds will clear, and there are brighter days ahead. InsyaAllah


Entries About Linkies



Tagboard


Credits Section ♥


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   
Fully edited by: Farrah Muhammad 


What a bad day ever.....



k dah jawab salam belum? bagus. hari nie ada kursus kepimpinan untuk pengerusi n setiausaha kokurikulum. dari pagi sampai lah ke patang. tapi esok ada lagi. cuma tahun nie quite serabut n teramat lah sangat bosan. takde ape yang menarik pun kat situ. plus ada group yang annoying gila nak mati. memang aku rasa cam nak hempuk je sorang2. aku dah la tension, penat pulak tu, ngantuk lagi. ada lah budak 2 orang tu asyik cari pasal je, dah la mulut tak boleh nak tutup. macam ayam! elak aku letak bom je kat dalam mulut tu kang baru tahu. pastu nak orang ikut cakap dye je, cakap orang dye tak nak ikut. pastu tak puas hati lah itu lah ini lah. eiyy memang tak lah aku nak layan en. sesungguhnya memang aku tengah menahan sabar masa tu.

aku memang pantang betul buat kerja lembab2 nie, masa tu kiteorng ada task, kena imagine bout future skit n then kena buat team trademark. dye fkir punye ah lembab tahap siput balipbaya, benda yang tak masuk akal jugak yang dye nak. imagination dye Ya Allah.. sumpah teruk kott. ada ke patut dye nak buat ikut cerita2 kartun dalam tv tu. hadoii memang takk lah. last2 memang aku amek je marker tu lukis ape yang aku suka dan mengikut persetujuan majoriti. sebab kiteorng memang dah desperate sangat dah masa tu cause masa tak cukup so aku buat je lah ape yang aku suka en. kalau nak tunggu dye memang sampai janggut atuk aku panjang baru siap kot. buat ape nak susah2 fikir nak lukis Eiffel tower lah bagai, nasib aku baik k. yang lain semua okay je, dye dengan sorang budak lelaki f2 (alahaii, baru f2) dah macam citun. gelabah nak mampus!
k aku tak percaya aku sakit hati dengan budak yang ada penyakit "hyper-active". tak serious aku tak tipu dye seriously memang ada mental problem -.-

aku memang suka posing cenggini pun :)

and majoriti task semua aku yang buat. aku memang seriously tak tahu lah apa masalah budak tu sampai lembab sangat nak berfikir. aku simple je, buat ape yang mudah dan senang. tak payah nak fikir diluar batasan. masa sikit je kot, tak payah la nak imagine lama-lama sangat! kursus tahun nie memang sumpah tak best macam last year. act benda yang aku paling suka bila pergi kem ialah...... jeng jeng jeng!! haha. malam kebudayaan laa. ehh malam kebudayaan nie bukannya menari2 tu, bukaaaan! nie malam utk peserta-peserta dari group masing-masing buat performance. tak kira lah persembahan apa pun, anything. nak buat drama ke, nyanyi ke, menari ke, memang tu lah yang aku suka. tapi tahun nie takde sebab tahun nie tak tidur kat seklolah. tah hape-hape lah.

pastu lagi satu aktiviti yang paling aku suka yang.... burung hantu tu. alaa yang kena duduk sorang2 kat mana-mana tempat yang cikgu letak ah. last 4 years paling best ah. masa tu 1st time en pgy camping so i was like... OMG excited nyaa. yang tu paling menyeramkan ah, tapi tapi tapi, aku tertidur masa cikgu letakkan kat tempat sunyi tu. entah macam mana boleh tertidur pun tak tau ah. teruk betul. takut punya pasal en. haha. k seriously memang best. group pun best. takde nak bengang-bengang. semua ada teamwork. pastu malam-malam sebelum tidur buat kelas gossip ramai-ramai, tak pun cerita hantu sampai lah ngantuk. memang best, k chill. thanks for reading. BYE ;)