Miss Strong
Bonjour Bloggers!

 Silent Reader[s]
No matter how hard things may seem, don't feel down, and don't give up. The clouds will clear, and there are brighter days ahead. InsyaAllah


Entries About Linkies



Tagboard


Credits Section ♥


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   
Fully edited by: Farrah Muhammad 


7 sebab lelaki gagal menawan wanita


Assalamualaikum and hye readers ;)

okayy hari tu ada buat entry khas untuk perempuan KLIK SINI, hari nie nak buat entry khas untuk lelaki pula . hee . nama pun "7 sebab lelaki gagal menawan wanita" so haruslah untuk lelaki kann . korang tertanya-tanya tak kenapa korang tak dapat perempuan yang korang suka tu ? okayy maybe ada sebab lain, tak semestinya korang tak handsome kann . tapi kadang2 pun macam tu jugak hee so korang kena lah pandai tackle hati perempuan yang korang suka tu ye :) 

nahh hari nie fara nak share 7 sebab kenapa para lelaki gagal memikat / menawan hati perempuan yang mereka suka . now jom kita tengok apa sebab-sebabnya ! muehehe

1. Suka menunjuk-nunjuk
suka menunjuk-nunjuk tu macam alaa korang berlagak atau bangga sebab korang ada sesuatu yang lelaki lain tak de or example macam anak orang kaya ke, anak Dato' or Tan Sri ke, atau korang cakap yang korang ada Ferrari ke, kann . atau ada rumah banglo kat Damansara tu . hamboii . haha . tahu lah kaya, tapi beragak lah kan . tak semua prempuan yang suka lelaki yang bangga diri macam tu . annoying tahu . ingat bagus ke ?tindakan macam nie lah yang akan membuatkan prempuan rasa menyampah kat korang . 

2. Terlalu banyak menyentuh
aduhh . yang nie tak tahu lah nak cakap macam mana . haha . tidak dinafikan lagi memang ramai lelaki yang macam nie sekarang . belum sempat ada hubungan apa-apa lagi dah menyentuh-nyentuh . macam mana lah perempuan tu nak suka kat korang . silap2 diorang cakap korang gila ke, ulat bulu ke . baru padan dengan muka korang . selagi dye masih ragu and kerap menjauhkan jarak dye dengan korang, jangan sesekali bertindak melulu yea . buruk padahnya cik abang oii :)

3. Kurang sikap lelaki budiman
cuba tanya mana-mana perempuan siapa yang tak suka lelaki budiman atau lebih dikenali sebagai "gentleman" . tak de sorang pun perempuan yang tak suka, semua suka . lagi-lagi yang sering mengucapkan kata sayang, yang menuangkan air minuman untuk si dia, yang membawa sekuntum bunga ros merah masa jumpa (alahaii, romantiknyaa..) sikap begini lah yang amat disukai wanita masa kini . 

4. Langsung tak bersopan-santun
eiyy korang jangan ingat sopan-santun tu hanya untuk perempuan je eyh . lelaki pun perlu bersikap demikian . sikap kasar dan kurang budi bahasa yang membuatkan perempuan meluat tengok korang nie . rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala korang . selalunya ia datang secara asli mengikut gaya hidup dan status sosial korang tetapi, kalau korang selalu sangat ditolak perempuan, korang seharusnya menukar cara dan gaya percakapan korang :)

5. Kurang puji-memuji
Yes ! memang perempuan sukakan pujian lagi-lagi kalau dari lelaki yang dye suka tu . "baju you pakai cantik hari nie" ; "senyuman you memang manis" ; "you've a beautiful smile in the world" ; "you cantik sangat hari nie" ! katakanlah apa saja, asalkan pujian tu logik dan berpijak di atas bumi yang nyata . tapi jangan lah melampau-lampau sangat pujian tu . karang dye ingat korang hipokrit pulak kann -.-

6. Berperangai kalut dan gelojoh
korang nak kan dye, tapi tak sabar and gelojoh . okay misalnya korang nie jenis yang suka sangat memaksa-maksa dye utk sukakan korang atau menarik tangan dye utk becerita dengan korang, atau pegang tangan dye semasa berjalan sedangan dye belum memberikan kata putus kat korang . bersikap lebih tenang dan tak perlu terburu-buru . lelaki yang penyabar sangat disukai oleh perempuan tau :)

7. Penampilan itu penting
aspek inilah yang mungkin korang abaikan . okayy memang tak semua lelaki yang macam tu sekarang semua lelaki lebih penting kan penampilan utk menampakkan yang diri mereka handsome atau nak buat perempuan teruja dengan penampilan korang . okayy memang tak salah tapi jangan lah terlalu over sangat . silap2 perempuan boleh naik rimas dengan korang . maksudnya disini, perempuan lebih sukakan lelaki yang pandai menjaga imej dan penampilan seperti tubuh yang dijaga bersih, bau wangi-wangian, kemas, dan berpakaian sesuai mengikut suasana . 

# hee . okayy itu sahaja yang  fara nak share dengan korang . kalau dye tak terima korang bukan bermakna korang tak perfect, tak de sorang pun yang perfect dalam dunia nie . semua orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing2 . berusaha tu kan tangga kejayaan . tapi jangan tersalah pilih perempuan pulak . pilih yang betul-betul boleh bahagia kan korang, yang faham korang . bila dye dah terima, jangan pulak korang nak sakitkan hati dye . calar yang korang tinggalkan tu dalam kesannya . jadi, fikir-fikir kan lah :)

                                                                            LOTS OF LOVE,