Miss Strong
Bonjour Bloggers!

 Silent Reader[s]
No matter how hard things may seem, don't feel down, and don't give up. The clouds will clear, and there are brighter days ahead. InsyaAllah


Entries About Linkies



Tagboard


Credits Section ♥


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   
Fully edited by: Farrah Muhammad 


7 kebaikan menangis


Asslalamualaikum and hye readers ;)


hm, entry pada hari nie agak menarik sikit bg perempuan bukan ? sebab menangis nie dah macam sebati sangat dalam hidup perempuan . haha . okayy kadang2 kita menangis sebab gembira, tapi selalunya kita akan menangis sebab berduka or the other meanings is SAD . ada sesetangah orang yang akan menganggap kita lemah bila menangis . sekuat atau setabah mana pun seseorang itu, dye pasti akan mengeluarkan air mata juga . jangan salah faham, tak de sorang pun manusia dalam dunia nie yang tak ada perasaan .


perempuan kerap menangis kerana mempunyai naluri yang lembut, dan sangat sensitif . usah sakiti hatinya kerana calarnya sangat dalam . lagi2 kalau berkenaan dengan yang namanya CINTA tu . memang tak sah lah hidup kalau tak menangis kann . bagaimana pula dengan lelaki ? kebanyakannya sukar untuk menangis kerana mempunyai sifat keEGOan yang tinggi . betulkah ? tapi tak semua yang macam tu . bergantung pada individu tu sendiri . lain lah kalau dye memang seseorang yang senang menangis . jadi mari kita tengok apa kebaikan menangis :)


7 KEBAIKAN MENANGIS IALAH :


membantu penglihatan -
air mata dapat membantu penglihatan seseorang . cecair yang keluar dari air mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang akan membuat penglihatan menjadi kabur . tapi kalau terlebih menangis pun boleh bertambah rabun juga kan . hehe


membunuh bakteria -
tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria yang semulajadi . di dalam air mata mengandungi cecair yang dikenali sebagai lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria .


 meningkatkan mood - 
seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan kembali normal . air mata yang dihasilkan daripada menangis mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata .


mengeluarkan racun -
seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun . keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata .


mengurangkan tekanan -
bagaimana menangis dapat megurangkan tekanan ? air mata yang dihasilkan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphine leucine-enkaphalin dan prolactin . selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga dapat membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi .


mengeratkan silaturrahim -
selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat . biasanya seseorang itu manangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi .


melegakan perasaan -
semua orang ingin merasa demikian . walaupun anda diduga dengan beragai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega . setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega .


# siapa kata menangis tu tak berguna ? setiap yang dicipta oleh Allah SWT pasti ada kelebihannya . so dah tahu kan kelebihan-kelebihannya ? tak salah kalau nak menangis . menangis lah korang puas-puas asalkan dapat melegakan perasaan korang . tapi jangan lepas tahu benda nie perkara remeh pun nak menangis pulak, kang kalau menangis tak bertempat sekali kena debik aku tak tahu ea . haha :D okay lah, sampai sini saje . thanks for reading  BYE ;)

                                                                            LOTS OF LOVE,