Miss Strong
Bonjour Bloggers!

 Silent Reader[s]
No matter how hard things may seem, don't feel down, and don't give up. The clouds will clear, and there are brighter days ahead. InsyaAllah


Entries About Linkies



Tagboard


Credits Section ♥


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   
Fully edited by: Farrah Muhammad 


Rindu


Assalamualaikum

Kakak senior dua orang ni ajet jew sebenarnya. Hehe.
Tapi selalu kena buli dengan junior. Entah kenapa tah. Comel kot? Haha. Sedih.

Rindu nak pergi sekolah. Rindu nak buat homework (sebenarnya tak pernah buat pun). Rindu nak kena marah dengan cikgu. Eh kejap, tapi kita tak pernah kena marah dengan cikgu pun. Hehe I swear! Kita baik kot kat sekolah tu, kadang-kadang je nakal sikit. Hehehe. Hm rindu nak training netball. Rindu nak jadi dancer sekolah. Rindu nak jeling-jeling junior. Rindu nak pergi camp. Rindu nak perhimpunan. Rindu nak ajet-ajet depan junior. Cehh berlagak betul. Haha. Rindu nak kena kacau dengan kawan-kawan. Rindu nak tolong cikgu. Rindu nak kena buli. Rindu nak kacau makcik kantin. Rindu nak tidur dalam kelas. Rindu nak pergi koko. Rindu nak lepak kat marble table, usha-usha orang. Rindu nak.... errr rindu nak.... Rindu nak ajet omey. hahaha
Rindu semuanya pasal sekolah. Rindu sangat-sangat!

Nadia, Mimi, Nana, Me, Fida, Aimi, Fana
 Happy kan? Hmm tahu takpe. Ni last kiteorang dapat snap gambar dengan muka happy macam ni. Ni last. Sebab lepas tu terus nak struggle untuk SPM dah. Muka-muka kat atas ni semuanya pandai-pandai, termasuk aku. Hahaha tak boleh blah ayat. Sijil-sijil ni semua sebenarnya untuk yang aktif kokurikulum. And percaya tak, dulu masa f1 (2008) ada orang cakap aku dengan Fida ni kembar. Haha. Such an unforgetable memory.
Sayang diorang sangat-sangat!!!

Budak paling pandai dalam kelas aku. Selalu dapat no.1. Dan aku selalu jealous. Kalau aku jealous, aku tak nak cakap dengan dia. Itu fakta.

Lepas habis program je, mesti aku yang kena bersihkan balik. Muka saya ada nampak macam penyapu ke cikgu? Cehh gurau je. Chill k cikgu, chill. Nama pun PRS kan, memang macam wonderpet gitu. Haha tapi takpe, best buat kerja amal ni. Cikgu sayang. *muntah sebaldi*






- 27/11/2012 -
Nak tak nak aku kena jugak cakap tarikh ni tarikh paling bersejarah dalam hidup aku. Aku dah bebas!!!! *menjerit sekuat hati* haha masa ni suka lah, sebab dah habis sekolah kan. Excited nak duduk rumah, tanam anggur kat belakang rumah. Memang happy sangat-sangat. Tak payah buat homework dan sebagainya. Almost 5 years aku struggle, asyik kena belajar je, pergi tuisyen, bangun pagi pergi sekolah, kena marah dengan cikgu, and finally! Habis pun SPM. Tapi bila budak-budak ni dah start sekolah, terasa macam awkward pulak aku duduk rumah tidur sampai tengah hari. Like a boss. So lifeless.

Eh tak sopannya aku. Erk, tapi comel. Hehehe. Ni gambar masa 2011 kalau tak silap. Memang tak silap pun. Kiteorang ni wonder girl k kat sekolah tu. Kalau ada event je cikgu mesti cari kiteorang. Aku ni bila dah selalu sangat tak masuk kelas, tu yang time exam boleh jadi bengap sekejap tu. Sekejap je lah. Hahahahahahahahaha k diam.

Rindu nak pakai baju ni lagi... hmm


p/s : When I was a kid, I wanted to be older. But when I'm getting older,
 I want to be a kid.